Tawar RM20 Ribu Uji Kesetiaan Teman Wanita, ‘Prank GoId Digger’ Berakhir Dgn Sesuatu Tak Disangka

Jika kita dengar orang kata, ‘duit itu adalah segala-galanya, dan segala-galanya adalah duit’, kita akan segera anggap yang orang itu mata duitan, terlalu mementingkan duit dan materialistik.

Namun mungkin ramai yang sedar, ketiadaan duit atau harta boleh menjadi punca kepada segala masalah.

Kita juga sering kali mendengar ayat “Wanita diuji bila tiada duit, lelaki diuji bila berduit.”

Perkara yang paling diutamakan dalam ayat tersebut adalah duit ataupun harta, yang sudah tentunya dapat mengubah jadi diri seseorang mengikut situasi yang menghimpit.

Di Youtube, terdapat satu saluran yang meraih perhatian ramai penguna di Malaysia dengan menyajikan content video yang luar dari jangkaan.

Eksperimen sosial yang dibuat oleh sekumpulan ini sudah tentunya mempunyai pengikut dan permintaan mereka yang tersendiri.

Eksperimen untuk goId digger.

Pertamanya, ‘goId digger’ itu bermaksud seseorang wanita yang berdampingan dengan lelaki hanya kerana duit semata-mata.

Secara ringkasnya sosial eksperimen tersebut menawarkan khidmat kepada lelaki untuk menguji kesetiaan teman wanitanya.

Pada video kali ini, telah mengvndang pelbagai pendapat dan juga kec4man daripada penonton kerana dikatakan agak mem4lukan disamping wanita berkenaan ters3pit dengan keadaan yang menimpanya.

Duit tak dapat, kekasih pun hilang

Disebabkan wanita berkenaan menyatakan, bahawa dia tidak berfikir panjang dan juga terdes4k kerana terhimpit dengan status seorang yang tidak bekerja membuatkan dirinya menerima tawaran RM20,000 berkenaan.

Tapi malangnya, wang yang dijanjikan hanyalah ‘gurauan’ dan alat untuk penguji kesetiaan semata-mata.

Perlu ke sebenarnya buat macam ni?

Video dan situasi yang melanda wanita berkenaan kemudiannya meraih perhatian para pengguna internet. Sebaliknya, ramai yang lebih kesiankan dan memahami wanita berkenaan kerana tersep1t dalam situasi yang memaksa.

” My opinion lah , perempuan tu ters3pit. Laki tu boleh ke tanggung dia smpai prmpuan tu dpt kerja? As prmpuan msti dia rasa serba salah jugak . Masa kt taman tu pun dia still amik masa nk pikir about offer tu”, komen Anisa

” Tak kelakarnya prank orang yang jobless pasal kerja. Tahu tak zaman sekarang ni orang desperate nak hidup? Dari awal lagi nampak dia serious nak kerja takda lebih-lebih. Siap ugut kalau tak terima boleh keluar studio and teruskan jadi jobless wtf eloklah putus je childish betul.” komen Syazwani

” Zaman sekarang ni honesty loyalty tu mahal so kena buktikan. Kalau setakat kata2 dimulut semua orang bolehlah, ujian ni penting untuk tgk kesetiaan dia yela kita taknak sesal dikemudian hari.” tulis Aiman.

Apapun reaksi berkenaan video prank tersebut, pasti akan ada perbezaan pendapat terutama antara golongan lelaki dan wanita.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments