Tun M Kata Guan Eng Bijak Tapi Tak Boleh Rugikan Melayu. Sekali Nama Najib Juga Kena Petik, Jadi Punca

” Ya memang dia (Lim) bijak, tapi dia tak boleh lakukan sesuatu yang tak dipersetujui oleh kita.”

Itu kata-kata Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng seorang yang bijak.

Bagaimanapun menurun Dr. Mahathir, pemimpin D4P itu dan partinya tidak mampu melakukan sesuatu yang merugikan orang MeIayu.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian sebagai menafikan dakwaan terutamanya dari Najib Razak yang menyifatkan D4P akan menghancurkan MeIayu jika berkuasa.

” Patut kita sedar bahawa ini usaha Najib untuk takutkan orang MeIayu supaya dia dapat jatuhkan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi berkata ketika pentadbiran PH, hanya enam menteri dari D4P.

” D4P ada enam menteri. Kita ada 22 menteri. Dan tak mungkin 22 menteri ini tunduk pada enam menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program yang digelar Blackout Bersatu Dengan Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Tun..Kenapa & Mengapa” di Kedah semalam, dalam siri jelajah untuk menjelaskan isu mengenai Bersatu.

Pada 17 Julai, kempen tersebut diadakan di Johor, dan destinasi mereka seterusnya dijadualkan di Perak.

Mengulas lanjut, Mahathir mengatakan bahawa Najib telah bekerja keras untuk meyakinkan orang MeIayu agar menganggap D4P akan menghancurkan orang MeIayu.

” Dia (Najib) menakutkan orang MeIayu. Kononnya dalam kerajaan ada D4P. Kononnya, D4P akan hancurkan MeIayu.

” Mereka kata kita mesti singkirkan D4P, kerana D4P menguasai PH. Tak benar. Mereka tak menguasai,” katanya.

Mahathir juga mengatakan bahawa Najib telah meyakinkan beberapa menteri dan pemimpin Bersatu untuk meninggalkan PH untuk membentuk kerajaan dengan Umno dan Pas, dan meyakinkan mereka bahawa Bersatu akan tetap berkuasa.

” Malangnya, dalam parti kita (Bersatu) ada yang nampak peluang nak jadi perdana menteri.

” Dengan perpisahan ini, kita jadi parti yang berpecah, bukan bersatu lagi,” katanya.

Mahathir dipercayai merujuk kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang kini memimpin Perikatan Nasional (PN).

PN merupakan gabungan parti termasuk Bersatu, Umno dan PAS yang mengambil alih kerajaan dari PH.

PH tumbang selepas Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari gabungan itu dan seterusnya bekerjasama dengan beberapa ahli parlimen PKR yang berpihak kepada bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama pembangkang ketika itu.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments