2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

ABU DHABI: Letupan di sebuah restoran makanan segera di sebuah bangunan di Jalan Rashid Bin Saeed di sini pagi ini meragut dua nyawa, kata polis.

Pejabat Media Kerajaan Abu Dhabi dalam kenyataannya berkata, mangsa yang terbunuh adalah seorang yang berada berhampiran lokasi kejadian, manakala seorang lagi terkena serpihan ketika melalui lokasi berkenaan.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mereka, semoga Tuhan menenangkan jiwa mereka," katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, sejumlah orang dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan ringan dan sederhana.

"Menurut siasatan di lokasi, kejadian itu disebabkan oleh ketidaksejajaran pada kelengkapan tabung gas selepas pengisian bahan bakar.

"Pasukan keselamatan membantu mengeluarkan orang ramai dari bangunan dan sekitar kawasan untuk memastikan keselamatan setiap orang," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pegawai turut mengarahkan pemandu supaya menjauhi jalan terbabit yang berhampiran dengan Al Wahda Mall, sementara perkhidmatan kecemasan tiba.

Media tempatan melaporkan, letupan menyebabkan kebakaran yang memusnahkan tingkat bawah bangunan.

"Kebakaran dapat dikawal dalam masa 33 minit," lapor National newspaper milik kerajaan Abu Dhabi, memetik jurucakap Pertahanan Awam Dubai,

Penduduk berkata, mereka terdengar letupan yang menyebabkan serpihan bertaburan di seberang jalan di hadapan sebuah bangunan di bandar itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

"Kami mendengar letupan kuat, diikuti oleh asap tebal dari lokasi di bangunan berkenaan," kata penduduk berhampiran. - AGENSI



Sumber : 2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

Post a Comment

0 Comments