SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, cedera patah bahu kiri selepas terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Bentong, Pahang, petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata,Mohamad terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang ketika menunggang motosikal.
"Ketika kejadian, beliau sedang menunggang motosikalnya dan dikatakan tiba-tiba terjatuh.
"Selepas kemalangan itu, beliau telah dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan tetapi sudah dipindahkan ke Hospital KPJ Seremban untuk rawatan lanjut.
"Keadaan beliau stabil ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini,.
Sumber : Ketua Polis Negeri Sembilan patah bahu kiri
0 Comments