Md Rayhan Kabir Akhirnya Dihantar Pulang. Tapi Sempat Lagi Dia Buat Benda Ini di Pintu Keluar KLIA

Berakhir sudah kisah seorang lelaki Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir yang datang mencari rezeki di Malaysia namun akhirnya dihantar pulang oleh pihak berkuasa.

Susulan kntroversi yang dicetuskannya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, Rayhan telah ditahan oleh pihak Imigresen.

Susulan itu Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka, Bangladesh pada 11 malam tadi, Md Rayhan dilihat tiba di KLIA menaiki van Jabatan Imigresen (JIM) pada 9 malam diiringi lapan pegawai jabatan berkenaan dan tangannya bergari.

Rayhan sempat lambaikan tangan kepada pengamal media

Sementara itu, Md Rayhan Kabir dilihat sempat melambaikan tangannya kepada pengamal media sebelum keluar dari negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam ini.

Pada 5 Ogos lalu, Ketua Pengarah JIM dilaporkan berkata, Md Rayhan akan dihantar pulang ke negara asalnya.

Beliau dipetik sebagai berkata, Md Rayhan akan akan disenaraihitamkan daripada memasuki negara ini serta pas lawatan kerjanya juga akan ditamatkan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Md Rayhan akan dihantar pulang tanpa sebarang pendakwaan.

Peguam belanya, K Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja dilaporkan berkata, lelaki itu akan dihantar pulang sebaik keputusan saringan COVlD-19 selesai termasuk menunggu tiket penerbangan ke Bangladesh tersedia.

Sudah mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Sementara itu Md Rayhan telah memohon kepada seluruh rakyat Malaysia dan menjelaskan beliau tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa.

” Kami sudah berjumpa dengan Md Rayhan Kabir dan dia meminta kami menyampaikan permohonan maaf jika apa yang dikatakannya itu menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan,” kata peguamnya.

Memetik salah satu laporan media Bangladesh pula, Md Rayhan menegaskan dirinya tidak menipu ketika diwawancara stesen televisyen Al Jazeera

” Saya tidak melakukan jenayah dan tidak menipu. Saya hanya bercakap mengenai diskriminasi terhadap pendatang asing.

” Saya mahu maruah migran dan negara saya terjamin serta percaya semua pendatang asing dan Bangladesh akan bersama saya,” Md Rayhan.

Dalam laporan media Bangladesh itu, Md Rayhan menegaskan dirinya tidak menipu ketika diwawancara stesen televisyen Al Jazeera.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Md Rayhan ditahan ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, JIM memohon bantuan orang ramai bagi mengesan Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVlD-19 membabitkan warga asing.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments