Menteri Langgar Perintah Kuarantin. Tapi Ayat ‘Mkn Dalam’ Khalid Samad Kpd Khairuddin Cetus Kntroversi

Semalam, Ahli Parlimen Seputeh, Terese Kok berkata seorang menteri yang menghadiri pelbagai majlis selepas pulang dari luar negara tanpa menjalani kuarantin wajib 14 hari, akan menyebarkan virus itu kepada ramai jika beliau dijangkiti COVlD-19.

Pemimpun D A P itu menyenaraikan 12 majlis umum sejak 10 hingga 19 Julai lalu yang dihadiri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, selepas beliau pulang dari Turki pada 7 Julai lalu tanpa menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Pemuda Amanah buat laporan polis

Susulan  itu, Pemuda Amanah Negara Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin kerana gagal menjalani proses kuarantin wajib 14 selepas pulang dari Turki.

Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda Amanah Selangor, Muhammad Fauzi Hasim dan barisan kepimpinan parti itu di Balai Polis Seksyen 6, di sini, kira-kira jam 3 petang ini.

Bercakap kepada media selepas itu, beliau memberitahu, pada 19 Ogos lalu, kira-kira jam 9.30 pagi, ada membaca sebuah portal bertarikh 18 Ogos bertajuk, “Teresa dakwa menteri pulang dari Turki tidak jalani kuarantin”.

Katanya, dalam portal itu dilaporkan, menteri berkenaan tidak menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

” Kegagalan Dr. Mohd Khairuddin menjalani tempoh kuaranti jelas satu pelanggaran terhadap prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

” Walhal SOP itu telah diumumkan Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Julai lalu.

” Kesalahan yang dilakukan menteri dari Pas ini adalah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya hari ini.

Dr. Mohd Khairuddin dalam responnya meminta semua pihak menunggu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengesahkan akan akur dengan panduan dan peraturan serta arahan ditetapkan KKM.

” Tunggu sahaja kenyataan termasuk keputusan rasmi ujian COVlD-19 dilakukan KKM. Sebagai menteri Kabinet yang bertanggungjawab, saya akan akur dengan apa juga kenyataan dikeluarkan KKM,” katanya.

Menurut Muhammad Fauzi, kegagalan pemimpin Pas itu mematuhi SOP PKPP dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu COVlD-19 dalam negara dan boleh menimbulkan ketakutan akan penyebaran wabak tersebut dalam kalangan rakyat.

” Saya mohon polis segera melakukan siasatan di atas kegagalan menteri itu menjalani tempoh kuarantin wajib,” katanya.

Posting Khalid Samad di Twitter

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam merangkap Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula dilihat memuatnaik posting di Twitter berhubung isu membabitkan Khairuddin itu.

” Adakah Menteri PN kebal virus atau kebal undang-undang?

” Adakah akan dikatakan seorang ‘wali Allah’ bermimpi bertemu Nabi (SAW) dan diberitahu kononnya YB ini dianugerah Allah perlindungan dari jangkitan COVlD?

” Jangan ngarut! Tiada alasan melanggari SOP. Jangan jual agama!!” tulis Khalid.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata berpendapat kenyataan Khalid Samad ini keterlaluan kerana menggunakan ayat yang tidak sepatutnya.

Segelintir warganet menegur Khalid Samad agar tidak mengaitkan dengan perkataan ‘wali Allah’ kerana ia tiada kena mengena dalam soal ini.

 




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments