
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi penggal 2019-2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Tan Sri Syed Hamid Albar turut mengumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Presiden BERSATU.
Kedua-dua mereka adalah calon tunggal yang bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal ini, manakala jawatan bagi pengerusi parti tidak ditandingi oleh mana-mana individu.
Tiga Naib Presiden BERSATU yang dipilih ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Ia berdasarkan keputusan pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) oleh 23,438 perwakilan yang mengundi semalam pada persidangan tahunan parti itu yang diadakan di 177 bahagian di seluruh negara.
Syed Hamid berkata buat julung kalinya, bahagian BERSATU di seluruh negara mengadakan persidangan serentak semalam.
"Daripada 179 bahagian yang layak bersidang, 177 bahagian berjaya mengadakan persidangan, manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum," katanya dalam satu kenyataan.
Berikut adalah keputusan penuh pemilihan MPT BERSATU bagi penggal 2019-2022:
Pengerusi Tetap: Datuk Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Hashim Suboh
Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Naib Presiden:
1. Datuk Seri Ronald Kiandee
2. Dr Radzi Jidin
3. Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Ahli MPT:
1. Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
2. Abdul Hakim Gulam Hassan
3. Datuk Zainol Fadzi Paharudin
4. Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
5. Datuk Razali Idris
6. Datuk Eddin Syazlee Shith
7. Datuk Seri Mustapa Mohamed
8. Wan Saiful Wan Jan
9. Azlinda Abdul Latif
10. Mohd Taufik Yaacob
11. Mohd Rafiq Mohd Abdullah
12. Datuk Seri Lajim Ukin
13. Datuk Suhaili Abdul Rahman
14. Datuk Dr Sahruddin Jamal
15. Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi
16. Mohd Zulkifli Zakaria
17. Mohd Yazid Mohd Yunus
18. Datuk Shabudin Yahaya
19. Datuk Rosol Wahid
20. Shamsilah Siru
Sumber : Muhyiddin kekal Presiden BERSATU
0 Comments