Reaksi Muka Dato’ Nadzim Macam Berubah Masa Asri Cakap PoIis Tak Jaga SoIat. PPIM Mula Beri Kenyataan

” Hisap rkok, tak jaga smbahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh smbahyang tak? Bila last (kali terakhir) bawa isteri smbahyang subuh?”,

Demikian antara petikan terpacul daripada mulut peniaga burger Mohd Asri Hamid, 42, yang tular dan mencetuskan kntroversi.

Mohd Asri atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga soIat.

Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial serta ramai netizen meng3cam kata-katanya itu.

Dalam video tersebut, Asri tampil bersama Pengerusi PPIM, Dato’ Nadzim Johan yang berada di sebelahnya.

Asri cuba memberi cadangan bagaimana cara untuk mengatasi masalah salah laku yang berlaku di kalangan penguatkuasa.

” Ada satu solusi untuk kita selesaikan benda ni sama-sama InsyaAllah.

” Sebenarnya institusi polis, kastam, SPRM, tentera ini sebenarnya lepasan-lepasan SPM dan tahfiz kena diserapkan.

” Sebabnya dorang ni dah ada akhlak, basic agama tu dorang dah ada.

” Kebanyakannya yang masuk jadi polis dan tentera ni tak jaga soIat. Kebanyakan memang tak jaga soIat.

” Cuba tanya anggota polis, subuh smbahyang tak? Pernah tak tanya anak apa itu syahadah? Bermakna sebenarnya segala kuncinya,” kata Asri.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata warganet mengec4m kenyataan Asri. Malah ada yang mengatakan Dato’ Nadzim sendiri seakan tidak bersetuju bila melihat kepada reaksi wajah beliau.

Penjelasan PPIM berhubung kenyataan Asri Janggut

Dalam pada itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil memberi penjelasan berhubung kenyataan Asri itu setelah ia dikec4m pelbagai pihak.

Memandangkan Asri tampil bersama PPIM dan ia disiarkan secara langsung, justeru penjelasan dari pihak PPIM sememangnya dinantikan.

” Memetik kepada kenyataan yang diberikan En Mohd Asri Hamid.

” Kami di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin memohon jutaan maaf terutamanya kepada anggota polis, anggota tentera, anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kata-kata
En Asri Janggut yang sangat tidak wajar dan tidak berasas.

” Kami di PPIM sama sekali tidak menyokong dan menyanggah segala tindakan yang tidak wajar yang dilakukan olehnya.

Asri hanyalah rakan strategik PPIM

” En Asri hanyalah rakan strategik PPIM dimana kata-katanya adalah bersifat peribadi yang tidak mewakili dasar PPIM sama sekali.

” Walaubagaimanapun kami di PPIM mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan kerana sebahagian kenyataannya dibuat semasa di platform PPIM.

” Kami sangat terkilan dengan perkara ini dan sekali lagi memohon jutaan kemaafan daripada semua atas sebarang tindakan yang tidak wajar.

” Kami sedang mengambil beberapa tindakan dan akan mengeluarkan kenyataan susulan dari semasa ke semasa berhubung perkara ini.

” Sekian. Terima kasih.” tulis PPIM

Sumber: Facebook PPIM




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments