KUALA LUMPUR: Berat badan mudah naik dan turun bukan halangan besar buat aktor, Shaheizy Sam, 38, membintangi filem.
Jika perlu menjayakan filem, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2012 dan 2014 berusaha mengembalikan berat badan dan tampil berbadan sasa seperti kebiasaannya.
Bukan sesuatu yang pelik, anak kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu mampu menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) dalam tempoh sebulan.
Sam berkata, dirinya akan cuba memastikan satu kg akan turun dalam masa sehari, jika mahu menurunkan berat badan.
"Saya jaga pemakanan, tahu berapa kalori dan kena pergi bersukan atau gimnasium.
"Kebiasaannya, saya menetapkan sehari untuk turun satu kg atau maksimum mengambil masa selama tiga hari.
"Jadi, dalam masa sebulan, saya boleh turunkan berat badan hingga 10kg. Bagaimanapun, ia terserah pada individu kuat mental atau tidak. Paling penting, kena ada pengetahuan terlebih dahulu," katanya kepada BH Online.
Pelakon Adnan Semp-It dan Manisnya Cinta Di Cappadocia itu berkata, berkemungkinan berat badannya kini sudah melebihi 80kg.
"Paling berat, saya pernah capai hingga 80kg. Tetapi, rasanya jika saya timbang badan sekarang berkemungkinan sudah melebihi angka itu.
"Saya jarang timbang berat, bukan tak percaya, tetapi apa lebih penting, saya tahu ukuran lemak badan," katanya.
Sumber : Sam tak risau berat badan 80kg
0 Comments