COLOGNE, Jerman: Sevilla menjuarai Liga Europa buat kali keenam ketika sepakan Diego Carlos menerjah gawang selepas terkena Romelu Lukaku 16 minit sebelum tamat untuk menewaskan Inter Milan 3-2 dalam aksi final di Cologne.
Saingan Carlos dan Lukaku bermula berbeza ketika pertahanan itu menjatuhkan penyerang Belgium itu dan memberikan penalti hanya selepas seminit babak pertama.
Dua tandukan Luuk De Jong menukar permainan buat Sevilla tetapi Diego Godin pantas menyamakan kedudukan ketika empat gol dijaringkan pada babak pertama.
Bagaimanapun penantian Itali untuk trofi Eropah pertama dalam sedekad dan kemarau sembilan tahun Inter berterusan selepas Lukaku tidak mampu menyekat sepakan hebat Carlos dalam satu lagi malam yang hebat dalam Europa League buat Sevilla. - AFP
Sumber : Sevilla juara Liga Europa
0 Comments