Selang beberapa jam dakwaan individu bernama Mohd Asri Hamid berkenaan kewujudan beberapa premis juudi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, pihak polis pantas memberi jawapan.
Bukan sekadar menafikan, malah satu laporan polis dibuat ke atas Mohd Asri kerana menurut mereka video tersebut adalah fitnah yang boleh menjejaskan imej polis bahagian Sg Buloh.
Tampil menjawab perkara itu, Mohd Asri menjelaskan dia adalah penduduk asal Sg Buloh dan isu premis juudi bukanlah perkara baru.
Malah penduduk lain pun tahu tentang kewujudan premis juudi tersebut di sekitar bandar Sg Buloh.
” Saya adalah penduduk asal di situ dan masyarakat sekitar juga tahu mengenai kewujudan premis juudi itu. Namun, itu adalah hak polis untuk menafikannya,” kata Asri.
Dia turut mendakwa wujud beberapa premis juudi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
” Saya akan memberikan kerjasama kepada polis dengan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyediakan khidmat guaman kepada saya untuk kes ini.
” Malah, saya juga sudah berhubung dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menghubungi saya semalam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya.
” Sudah lebih 20 tahun saya berniaga burger di tepi jalan dan banyak kali tindakan saman dan sita dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap gerai kami, namun saya tidak pernah marah atau menyimpan dendam kerana perkara itu.
” Tetapi apa yang mengecewakan saya adalah tindakan MBSA yang hanya menyita dua gerai burger termasuk milik saya di lokasi itu semalam, walaupun kami tidak berniaga sedangkan ada ramai lagi peniaga di kawasan berkenaan tidak dikenakan tindakan sama.
” Peniaga Aceh yang membuka khemah di tepi jalan dan menjual rokok seludup serta beberapa premis juudi pula masih boleh berniaga seperti biasa tetapi hanya gerai burger kami yang diambil tindakan,” katanya ketika ditemui
Pelanggan kedai juudi bongkar pekara sebenar
Sementara itu menerusi satu komen, seorang individu yang mengaku sebagai pelanggan kedai juudi di Sg Buloh telah meninggalkan komen membongkar perkara sebenar.
” Aku orang Sg Buloh dan aku salah seorang pemain juudi online. Di kedai-kedai yang dia katakan tu, memang benar kedai tu beroperasi jumaat malam.
” Aku baru jer kalah 350..benda ni memang wujud bukan f1tnah pun..Ni la permainan mereka, senang cerita hari-hari port melepak main mesin.
” Hari akhir aku main pada 7 Ogos, kemudian kes viral pada 8 Ogos..satu hari jer tak sampai kedai tu tutup selepas 1 jam video ni viral.
” Ada 4 buah van datang ke kedai kemas laptop dan macam-macam..then pihak tu datang hari ni buat operasi memang kelakar laa.
” Pastu kata ni f1tnah plak macam mana orang awam nak respek dengan pihak polis benda betol macam ni pun dia kata f1tnah.” tulis individu terbabit
Komen individu ini seharusnya mendapat perhatian pihak berkuasa apatah lagi mereka sebagai penduduk setempat yang mengetahui hal sebenar berlaku di sana.
Ini adalah masa yang tepat untuk pihak polis membuktikan moto PDRM iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ adalah seiring dengan cara kerja pihak polis.
Sumber: edit from AwatttSyeikhh Network
via 1 MIN READ
0 Comments