” Saya menafikan gambar saya memberi wang kepada pengundi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar berhubung gambarnya memberi wang tular di Facebook (FB).
Noh berkata, gambar terbabit diambil ketika beliau menyampaikan sumbangan bantuan awal persekolahan di sebuah sekolah di Parlimen Tanjong Karang pada 2017.
” Waktu itu, saya menyampaikan sumbangan RM100 untuk setiap pelajar semasa mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di setiap sekolah di Parlimen ini dan pihak sekolah yang atur semua.
” Disebabkan sumbangan terlalu banyak, pihak sekolah tidak sempat nak masukkan wang ke dalam sampul.
” Jadi, saya maklum tidak perlu masuk sampul kerana perkara (sumbangan) ini sudah diumumkan kerajaan.
” Jika diperhatikan gambar itu, ia gambar lama dan baju yang saya pakai, memanglah berwarna biru.
” Baju itu berwarna terang dan tertulis perkataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menunjukkan saya memberi sumbangan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Noh membuat laporan di Balai Polis Tanjong Karang pada 4.30 petang, hari ini, berhubung perkara itu.
Noh berkata, beliau kesal dengan tindakan beberapa pengguna FB yang memuat naik gambarnya dengan niat menyebarkan fitn4h.
” Saya memandang serius perkara ini dan memohon pihak berkuasa segera menyiasat dengan kadar segera,” katanya.
Reaksi warganet
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet yakin dengan penjelasan Noh Omar itu.
Bagaimanapun orang ramai mengajak pemimpin agar tidak memberi duit kepada pengundi seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini.
Apa yang merisaukan adalah sekiranya tindakan memberi wang oleh wakil rakyat itu menjadi budaya yang diterima sedangkan ia salah.
” Kadang-kadang fitn4h ni mmg wujud. Orang pandai manipulasi. Dan sebab dulu mmg ada sumbangan 100 ni, jadi boleh terima pakai la alasan dia. Lain kali ahli politik jangan sumbang duit, sumbang doa je. Kalau selalu salam, lepas ni tadah tangan je..” tulis Izhar
” Jika sesebuah kerajaan terus menunjukkan contoh-contoh yang burvk dengan mengamalkan rasu4h… Apakah kita harus terus menyokong mereka dengan hanya bermodalkan sumbangan dan habuan?.” komen Sam
via 1 MIN READ
0 Comments