Selepas lebih enam bulan terbabit dengan pementasan teater arahan pelakon Fauziah Ahmad Daud, rupanya isu bayaran tertunggak yang diminta Man Raja Lawak masih belum selesai.
Cuma pada Jun lalu, isu reda seketika apabila Man menerima sejumlah RM3000 daripada Ogy.
Menariknya, memandangkan ketika itu negara di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man telah mendermakan kesemua wang tersebut kepada rakan yang memerlukan bantuan.
Terbaru, Man yang juga pelakon dan pelawak berharap penerbit, Ogy Ventures & Network dapat melunaskan baki bayaran lakonannya yang masih tertungggak.
Man atau atau nama sebenarnya Abdul Rahman Kasim, 43, berkata sudah berbulan-bulan dia menunggu dengan sabar baki bayaran yang hingga kini tidak diterima lagi.
” Baki bayaran saya RM7,000 yang belum dilunaskan produksi berkenaan, milik pelakon Fauziah Ahmad Daud atau saya panggil, kak Ogy.
” Sudah empat kali sebenarnya penerbit mungkir janji untuk bayar.
” Tarikh baharu yang diberikan kini ialah 18 September. Jadi, saya akan tunggu dan harap betul-betullah duit itu ada.
” Saya faham, penerbit sekarang pun pasti berusaha gigih mengumpul wang untuk membuat pembayaran berkenaan.
” Tapi, kenalah sedia maklum saya pun ada komitmen juga,” katanya.
Menurut Man lagi, dia hanya mampu terus menunggu bayaran berkenaan dibuat kerana hutang tetap hutang yang perlu dilunaskan oleh pihak penerbit.
Apapun, katanya dia tetap kagum dengan sikap bertanggungjawab penerbit kerana masih ingat pada hutang yang belum selesai itu. Cuma, berharap pembayaran tidak lagi ditunda.
Terdahulu, pada 28 Februari dan 1 Mac lalu, Man terbabit dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.
Man menggantikan posisi Allahyarham Abam Bocey yang sepatutnya beraksi dalam teater itu.
Teater Korupsi Dewan Semandung turut membariskan pelakon lain seperti Mark Adam, Tauke Jambu, Douglas Lim, Syura Badron, Azmi Caliph Buskers dan ramai lagi.
Sedekah RM3000 kepada rakan memerlukan
Sebelum ini, Man menjadi buah mulut orang ramai apabila mendermakan sejumlah RM3,000 kepada rakan-rakannya
Menurut Man, beliau menghargai usaha dilakukan Ogy yang bertungkus lumus menjual pes kari air tangannya untuk mengumpul wang bagi melunaskan bayaran pelakon terlibat.
” Namun, saya fikir ada rakan yang lebih memerlukan wang itu dan tak salah jika menyumbangkannya sebagai bantuan.
” Lagipun, saya sudah lama berniat untuk membantu insan lain dengan wang berkenaan,” katanya.
Mengulas bayaran tertunggak belum diterima, Man berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkannya lagi kerana sekarang dia mahu fokus kepada karier seninya semula.
Pada Mac lalu, ketika kes jangk1tan Cov1id-19 dalam negara masih meningkat timbul isu produksi teater Kurvpsi Dewan Semandung tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon dan pekerja belakang tabir
Man masih menunggu Ogy melunaskan baki bayaran RM10K milik beliau.
via 1 MIN READ
0 Comments