Cnteng Mural Pemimpin Negara. Tiga Wanita Mulanya Disyaki Tapi Terpaksa Dibebaskan, Ini Puncanya

Pada Julai lalu, berita tentang lukisan muraI yang memaparkan wajah pemimpin negara yang diconteng dengan kata-kata kes4t mendapat perhatian warganet.

MuraI tersebut antaranya memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak kjadian itu, orang ramai menggesa agar pihak berkuasa bertindak segera dengan mencari individu terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Kemudian muncul klip video CCTV susuk tubuh dua orang wanita berjaya dirakam yang sedang melakukan perbuatan menconteng muraI tersebut.

Tiga wanita dipanggil beri keterangan tetapi dibebaskan kerana…

Sementara itu, terbaru, Polis Kontinjen Selangor mengesahkan tiga wanita warga tempatan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kjadian itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin bagaimanapun berkata, ketiga-tiga wanita warga tempatan itu dibebaskan kerana tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam kes itu.

” Tiga minggu lalu, tiga wanita yang pada mulanya kita syaki terbabit dalam kes itu.

” Tetapi apabila diambil keterangan, polis dapati mereka mempunyai alibi kukuh bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan jnayah itu.

” Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dari segi teknikal untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kes itu, kami akan terus berusaha lagi,” katanya.

Beliau berkata ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu terbabit dalam sidang media selepas melancarkan Program Neighbourhood Watch Polis Selangor Siri 2/2020 anjuran bersama Polis Selangor dan SEERS Berhad di Shah Alam, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengarah SEERS Berhad, Datuk Ken Foo Kwok Hsing serta pegawai-pegawai kanan Polis Selangor.

Pada pagi 20 Julai lalu, negara digemparkan muraI gergasi pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kes4t.

Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan segera dengan memadamkan keseluruhan muraI itu dengan mengecat semula.

Pada tengah hari sama, satu visual menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua wanita dipercayai menjadi dalang yang meros4kkan muraI barisan pemimpin negara itu tersebar di media sosial.

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diletakkan di sebelah lorong lukisan muraI berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vndaIisme.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments