Kementerian Kewangan lancar Malaysia Prihatin@MOF 

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini melancarkan sambutan Malaysia [email protected] bagi memupuk semangat cintakan negara dan menyemarakkan lagi semangat patriotik di kalangan warga Perbendaharaan.

Dalam satu kenyataan, MOF menyatakan pelancaran itu disempurnakan sendiri Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Turut serta pada majlis itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan Akauntan Negara, Datuk Dr Yacob Mustafa dan warga kementerian itu.

Pada majlis itu, Tengku Zafrul juga sempat berkongsi coretan aspirasi di panel gergasi Malaysia Prihatin @MOF iaitu 'Rakyat Bersatu Negara Berjaya, Malaysia Prihatin, Aman Sejahtera' dan seterusnya melawat ke Pameran Kemerdekaan dan Hari Malaysia di ruang Galeri MOF.

"Pameran ini adalah satu daripada pengisian program yang memaparkan detik-detik perjalanan kemerdekaan negara dan pembentukan negara," katanya.



Sumber : Kementerian Kewangan lancar Malaysia Prihatin@MOF 

Post a Comment

0 Comments