KKM, BHEUU perhalusi pinda Akta 342

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri akan memperhalusi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu ada dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

"Ramai beri pandangan untuk menaikkan kadar kompaun ini sehingga RM10,000. Bagaimanapun ia membabitkan Akta 342 dan kita tiada pilihan kerana menerusi akta berkenaan kompaun hanya boleh dikenakan maksimum RM1,000 sahaja.

"Sekarang ini kita buat kajian (pinda Akta 342), dan ia juga perlu membabitkan akta lain. Jadi kita serahkan kepada Menteri Undang-Undang (Datuk Takiyuddin Hassan) untuk berbincang dengan Kementerian Kesihatan.

"Sekiranya perlu pinda kita akan pinda, dan kalau pinda ia mesti lulus di Parlimen. Kita akan mengikut semua prosedur yang betul untuk meminda akta ini iaitu perlu melalui mesyuarat kabinet, dibawa ke Parlimen dan sebagainya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.



Sumber : KKM, BHEUU perhalusi pinda Akta 342

Post a Comment

0 Comments