Kogleswaran bantu PJ City ikat Melaka

MELAKA: Jaringan minit akhir pemain gantian M Kogleswaran membantu PJ City mengikat Melaka United, 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, malam tadi.

Bagaimanpun, aksi padang basah memperlihatkan pergerakan kedua-dua pasukan seakan sering tersekat, namun tuan rumah memiliki sekurang-kurangnya lima percubaan yang boleh menghadiahkan jaringan sepanjang 45 minit pertama.

Pelawat yang sesekali menyerang turut memiliki dua percubaan ke kubu skuad Hang Tuah.

Berazam mencipta kemenangan kapten pasukan, Safiq Rahim hampir merobek kubu lawan seawal minit ke-6, namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi.

Selebihnya percubaan Shamim Yahya pada minit ke-14 dan Wan Amirul Afiq (m-45) juga tersasar sementara penyerang pelawat Washington Brandao turut mencemaskan kubu Melaka pada minit ke-38.

Akhirnya pencarian gol buat anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan berhasil selepas Romel Morales berjaya menolak masuk hantaran lintang Wan Amirul Afiq pada minit ke-71.

Apapun, ketika tuan rumah hampir pasti meraih mata maksimum Kogleswaran berjaya menyamakan kedudukan pada minit akhir perlawanan untuk mengikat Melaka 1-1.



Sumber : Kogleswaran bantu PJ City ikat Melaka

Post a Comment

0 Comments