RIYADH: Letupan besar dipercayai akibat litar pintas elektrik berlaku di sebuah gudang tentera di pinggir bandar Zarqa, Jordan, pagi ini.
Menteri Hal Ehwal Media, Amjad Adaileh, berkata gudang berkenaan yang terletak di timur bandar itu, menyimpan bom mortar terbiar milik pasukan tentera.
Arab News melaporkan, pihak tentera memaklumkan bahawa satu letupan tercetus di salah sebuah depoh peluru yang sedang dalam proses dirobohkan.
"Menurut ibu pejabat pasukan tentera, setakat ini, tiada kecederaan direkodkan akibat letupan itu," kata Adaileh.
Gudang itu terletak jauh dari kawasan awam, manakala bunyi letupan berkenaan dilaporkan boleh didengar hingga sejauh 30 kilometer.
Sumber memberitahu Arab News, pihak tentera sudah menutup kawasan letupan terbabit, sementara pasukan pertahanan awam berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.
Selain itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca letupan berkenaan.
Dalam pada itu, pihak tentera memaklumkan bahawa butiran lanjut berhubung kejadian berkenaan akan dikeluarkan nanti, sekali gus meminta penduduk supaya tidak menyebarkan maklumat palsu. - AGENSI
Explosion at a military installation in the Jordanian city of Zarqahttps://t.co/LVQpz8lO94 pic.twitter.com/t2C21b9U3b
— Arab News (@arabnews) September 11, 2020
Sumber : Letupan besar di gudang tentera Jordan
0 Comments