Pantai Kuala Langat catat paras air laut tinggi

SHAH ALAM: Kawasan rekreasi sekitar pantai di daerah Kuala Langat ditutup kepada umum berikutan paras air laut berada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya berkata, tarikh penutupan sepanjang pantai di daerah Kuala Langat adalah 18 hingga 20 September, 15 hingga 20 Oktober dan 14 hingga 17 November ini.

"Warga dan pelawat ke kawasan pantai di daerah Kuala Langat diingatkan tidak mengadakan sebarang aktiviti pada tarikh yang dinyatakan.

"Segala jenis aktiviti sepanjang pantai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Buat pengetahuan semua, ketinggian paras air laut pada tarikh-tarikh yang disebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Awasi mereka yang tersayang," katanya.

Amirudin juga meminta orang ramai mematuhi arahan terbabit dan sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah di talian 03 - 31822565.



Sumber : Pantai Kuala Langat catat paras air laut tinggi

Post a Comment

0 Comments