Penantian 6 tahun berakhir, wanita sebak disahkan hamil kembar tiga sekaligus!

Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Namun, tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun sudah melakukan pelbagai cara dan ikhtiar.

Bagaimanapun, video perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila seorang wanita ini bakal menimang cahaya mata selepas menanti selama enam tahun.

Menerusi video berdurasi 3:01 minit yang dimuatnaik di Instagram Dr. Thoka Muhammad, wanita berusia 32 itu telah menjalani rawatan IVF atau persenyawaan in vitro dengan memasukkan tiga embrio ke dalam rahimnya.

 

View this post on Instagram

 

Blessed after 6 years of trying

A post shared by Dr. Thokha Muhammad (@drthokha) on

Pada awalnya ketika menjalani ujian ultrasound, pakar obstetrik dan ginekologi ITU memaklumkan hanya kelihatan dua kantung sahaja dalam kandungan wanita tersebut yang membawa maksud dia berkemungkinan akan memiliki kembar dua.

Tetapi, ketika dia mendengar degupan jantung zuriatnya buat kali pertama, Dr Thoka memaklumkan bahawa kantung besar dalam kandungannya itu ‘terbelah’ menjadi kembar seiras dan dia berpotensi memiliki kembar tiga sekaligus!

Wanita berkenaan gagal menahan sebak lalu mengalirkan air mata kerana penantian dan doanya selama bertahun yang lalu dimakbulkan Allah SWT.

The post Penantian 6 tahun berakhir, wanita sebak disahkan hamil kembar tiga sekaligus! first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments