PRN Sabah: Kemenangan BN bergantung pada semangat sepasukan - Zahid

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bahawa nasib BN dan UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bergantung pada semangat sepasukan dan kerja tersusun di semua peringkat jentera pilihan raya.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut menegaskan bahawa pengundi di Sabah meletakkan harapan besar kepada calon BN yang disenaraikan bagi PRN berkenaan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kemenangan calon-calon UMNO/BN bergantung kepada semangat sepasukan dan kerja-kerja yang tersusun di semua peringkat jentera.

"Pengundi meletakkan harapan besar kepada calon-calon yg disenaraikan oleh DS Bung (Pengerusi BN Sabah merangkap Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin)," katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

Terdahulu, BN mengumumkan akan bertanding 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada PRN berkenaan yang dijadualkan 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Bung Moktar pada Majlis Pengumuman Calon BN di sebuah hotel di Kota Kinabalu.



PRN Sabah - Curated tweets by bharianmy



Sumber : PRN Sabah: Kemenangan BN bergantung pada semangat sepasukan - Zahid

Post a Comment

0 Comments