Gaya hidup merokok memberikan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan tetapi ramai yang tidak mampu menghilangkan ketagihannya.
Kesan daripada merokok bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan kanser paru-paru, tetapi boleh mengganggu kesuburan pasangan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), secara purata, perokok mati 10 tahun lebih awal dari bukan perokok.
Malah, berdasarkan statistik, 43% golongan lelaki dianggarkan mempunyai tabiat merokok di Malaysia dan jumlah ini telah melebihi peratusan perokok di negara maju seperti di Britain (19.9%), Amerika Syarikat (19.5%) dan Sweden (20.4%).
Oleh itu, KKM menyeru orang ramai untuk berhenti merokok dengan mengamalkan enam langkah seperti di bawah di samping mendapatkan khidmat berhenti merokok di klinik kesihatan berhampiran.
Tahukah anda, 43% lelaki dewasa di negara ini merokok dan secara purata, perokok mati 10 tahun lebih awal dari bukan perokok ?
Merokok mengakibatkan
Masalah mati pucuk
Penyakit kanser
Sakit jantung
StrokLelaki hebat TANPA rokok!#sihatmilikku#walkthetalk pic.twitter.com/Ps3d1jz1Yp
— KKM Portal MyHealth (@MyHEALTHKKM) September 30, 2020
The post Secara purata, perokok mati 10 tahun lebih awal dari bukan perokok – KKM first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments