Tiada penyebaran meluas vaksin sebelum pertengahan 2021 - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini berkata, ia tidak menjangkakan imunisasi yang meluas terhadap COVID-19 sehingga pertengahan 2021, walaupun terdapat jangkaan semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara bahawa vaksin dapat dikeluarkan dalam beberapa minggu.

Di seluruh dunia, kerajaan berharap dapat mengumumkan vaksin secepat mungkin dan melancarkan rawatan untuk COVID-19 yang telah membunuh hampir 870,000 orang dan menjangkiti lebih 26 juta orang.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyambut baik kenyataan bahawa 'sejumlah besar' calon vaksin telah memasuki ujian akhir Tahap III, yang biasanya membabitkan puluhan ribu orang.

"Kami tahu sekurang-kurangnya enam hingga sembilan yang sudah cukup panjang dengan penyelidikannya," kata jurucakap WHO, Margaret Harris kepada wartawan di sini.

Namun, beliau menekankan, 'dari segi garis masa yang realistik, kami benar-benar tidak menjangkakan untuk melihat vaksinasi yang meluas hingga pertengahan tahun depan'.

Berdasarkan prosedur biasa, pentadbir ujian mesti menunggu selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mengesahkan bahawa calon vaksin selamat dan berkesan.

Namun, ekoran pandemik terus meningkat, ada tekanan besar untuk segera mengeluarkan vaksin.

Minggu ini didedahkan bahawa Washington telah mendesak negeri-negeri Amerika Syarikat (AS) supaya bersiap sedia untuk pelancaran vaksin COVID-19 menjelang 1 November, mencetuskan kebimbangan pemerintahan Presiden Donald Trump bergegas untuk mulai mengagihkan vaksin sebelum pilihan raya presiden pada 3 November. - AFP



Sumber : Tiada penyebaran meluas vaksin sebelum pertengahan 2021 - WHO

Post a Comment

0 Comments