Tubuh Kecil Tapi Hati Kering, Anggota MBJB Lepaskan Kombinasi Tumbukan Padu Selepas DitunjaI Peragut

” Dah kena tangkap tapi masih berani mahu melawan..sekali kena kombinasi tumpukan padu penguatkuasa MBJB tu..tubuh kecil hati kering!”

Demikian komen segelintir warganet yang memuji keberanian anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menahan peragvt.

Sementara itu, Shazrin Hafeez, 26, dianggap hero dalam kejadian kes ragvt membabitkan seorang wanita di kawasan rumah kedai di Taman Mount Austin, Johor Bahru, hari ini.

” Saya tidak fikir langsung apa akan terjadi, saya tidak kisah asalkan pada waktu itu dapat tangkap peragvt,” kata penguatkuasa MBJB yang tular semalam.

Katanya, dalam kejadian 1 tengah hari itu, dia sedang menjalankan tugas memeriksa petak tempat letak kereta berkupon berdekatan lokasi kejadian.

” Saya terdengar jeritan minta tolong seorang wanita dan pada masa sama, ternampak peragvt terjatuh dari motosikal selepas meragvt wanita terbabit.

” Saya tidak melakukan ‘flying kick’ seperti kelihatan dalam video tular itu. Sebaliknya, saya terus berlari ke arah peragvt dan terus terkam sehingga kami terjatuh.

” Saya tidak fikir sama ada peragvt itu berbahaya atau tidak pada waktu itu, yang penting saya dapat tangkap peragvt terbabit. Ramai cakap saya bertubuh kecil, tetapi berjaya tangkap peragvt.

” Semua itu dengan bantuan orang awam yang berada di sekitar kawasan yang turut membantu bersama menangkap peragvt terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shazrin Hafeez berkata, sebaik peragvt berjaya diikat, orang awam yang marah kemudian bertindak menumb0k peragvt terbabit.

Menurutnya, dia cuba menenangkan mereka dan meminta bersabar sehingga polis tiba.

” Orang awam menghubungi polis, tidak lama kemudian polis tiba. Saya bersama mngsa kemudian turut ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berhubung kejadian.

” Memang tidak sangka video itu tular dengan begitu pantas. Saya diberitahu rakan berhubung video tular saya menangkap peragvt itu ketika sedang berurusan di balai polis,” katanya yang sudah tiga tahun berkhidmat sebagai penguat kuasa MBJB.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan adegan kejadian ragvt beg tangan milik seorang wanita ketika melintas jalan, hari ini.

Peragvt itu kemudian terjatuh dan ketika dia cuba bangun, kelihatan seseorang berlari dari sebelah kiri sebelum dilihat seolah-olah melakukan ‘flying kick’ terhadap peragvt itu sebelum kedua-duanya terjatuh.

Orang ramai di lokasi kejadian kemudian membantu menangkap peragvt terbabit, selain ada yang naik angin memukul suspek.

Kenyataan pihak polis

Sementara itu pihak polis mengucapkan tahniah atas keberanian dan tindakan pantas penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan orang awam yang berjaya menahan peragvt di Taman Mount Austin, Johor Bahru, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek berusia 32 tahun diserahkan kepada polis oleh orang awam.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, suspek meragvt beg tangan wanita berusia 30 tahun namun terjatuh bersama motosikal ditunggangnya.

” Mngsa menjerit meminta bantuan dan seorang anggota penguat kuasa MBJB yang sedang bertugas serta orang awam berjaya menahan suspek.

” Dalam kejadian itu, mngsa calar di lengan kiri manakala suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima maklumat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Padzli berkata, polis merampas motosikal digunakan suspek, topi keledar dan beg tangan mngsa sebagai barang kes.

” Kes disiasat mengikut Sksyen 394 Kanun Kesksaan yang memperuntukkan hkuman pnjara sehingga 20 tahun, denda atau seb4t jika sabit kesalahan,” katanya.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments