KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 yang merekodkan 287 kes hari ini menjadikan jumlah kes harian tertinggi dicatatkan di negara ini yang mencatatkan keseluruhan kes mencecah 11,771 dengan kes aktif 1,540.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua 287 kes baharu itu membabitkan penularan tempatan.
“Daripada jumlah itu, 129 kes dilaporkan di Kedah, Sabah (113 kes), Selangor (31 kes), Perak (tiga kes), Terengganu (tiga kes), Negeri Sembilan (dua kes), Kelantan (dua kes), Kuala Lumpur (satu kes), Johor (satu kes), Pahang (satu kes) dan Labuan (satu kes).
“Daripada jumlah itu, 20 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah ke negeri terbabit adalah 139 kes sejak 20 September lalu,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 22 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 81 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 10,095 kes atau 85.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 136 kes atau 1.18 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.
The post 287 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam sejarah first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments