Dengar Jer Penyanyi Veteran M Daud Kilau Tengah Saakit, Ebit Lew Terus Datang Dan Ini Akhirnya Terjadi

Kisah penderit4an penyanyi veteran Datuk M.Daud Kilau yang terIantar saakit telah menarik perhatian dan simpaati orang ramai, sejak minggu lalu.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang terkenal dengan gelaran raja gelek Malaysia itu merayu pihak berkenaan agar dapat menolongnya dan datang melihat sendiri keadaannya.

Lebih menyentuh perasaan, M Daud Kilau meminta peminat dan orang ramai agar mensedekahkan Alfatihah sekiranya ditakdirkan beliau dijmput iIahi.

Sejak itu beberapa pihak telah tampil menziarahi beliau termasuk persatuan seni hiburan dan badan NGO serta politik tanahair.

Terbaru, pendakwah bebas Ebit Lew mengakui sebak ketika melihat keadaaan penyanyi veteran Datuk M Daud Kilau saat meluangkan masa menziarahi beliau di rumahnya, di Bagan Datoh, Perak semalam.

Menurut Ebit, meskipun penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu sedang uzur namun masih ceria dan semangat melayan tetamu.

” Sebak sayu hati rasa baru ziarah Datuk M Daud Kilau dan datin di Bagan Dato. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu.

” Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan.

M Daud Kilau bukan saja disuap makan oleh Ebit Lew, tapi terima sumbangan

” Semua kru kena makan..saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Ebit memuat naik rakaman video sewaktu melawat M Daud Kilau.

Selain itu, Ebit yang turut memberikan sumbangan kepada M Daud Kilau. Dia juga teruja apabila Raja Gelek itu sempat menyanyikan sebuah lagu.

” Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz.

” Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer.

” Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.

M Daud Kilau sempat nyanyikan lagu

” Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” katanya lagi.

Perkongsian di Instagram Ebit Lew yang dibuat melalui klip video pendek itu telah meraih lebih 900 ribu tontonan.

Rata-rata warganet mendoakan M Daud Kilau selain mengucapkan terima kasih kepada Ebit Lew kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memberi sumbangan kepada penyanyi veteran itu.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan terbaharu M Daud Kilau yang uzur dan memerlukan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan sehari hariannya.

Penyanyi berusia 82 tahun itu dipercayai mengid4p beberapa jenis peny4kit termasuk kncing mnis dan drah tinggi.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments