KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemukan lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera, di sini hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Nur Farisa, 10, dan Mohd. Rayan Ikram, 8, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam naik ke tebing.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.05 petang dan tiba di 20 minit kemudian.
“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak bomba tiba terus melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana mangsa tidak sedarkan diri.
“Kedua kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Tambah Hafisham, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE
The post Dua beradik lemas dalam kolam tadahan hujan first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments