jurutol air milo

Sejak dua hari lalu heboh di media sosial apabila tular video seorang lelaki yang berhenti di plaza tol KESAS telah menyimbah air kepada jurutol.

Kjadian tersebut menarik perhatian ramai di mana ada yang mengec4m lelaki terbabit, ada juga yang mengec4m pihak KESAS yang menyukarkan pengguna.

Terbaru, polis menahan seorang lelaki yang menyimbah air minuman kepada jurutol seperti tular di media sosial dalam kejadian di Plaza Tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman, lelaki berusia 30-an itu ditahan susulan laporan yang dibuat mngsa.

” Kejadian itu berlaku pada 7 pagi semalam ketika mngsa bertugas di Plaza Tol Kesas dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai.

” Bagaimanapun, mngsa memaklumkan bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan dan suspek ke lorong seperti disyorkan sebelum berlalu pergi.

” Pada 9.05 pagi hari sama, sspek datang semula ke tempat mngsa bertugas dan memarahi serta menyimbah air minuman ke arah mngsa sebelum beredar,” katanya menerusi rakaman video PDRM RMP TV.

Risikin berkata, mngsa yang takut dengan ugvtan sspek tampil membuat Iaporan pada 4.25 petang.

” Bertindak atas laporan berkenaan sepasukan polis yang menjalankan siasatan mengesan sspek dan berjaya menahannya,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Sksyen 506 Knun Kesksaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup berdurasi 51 saat yang menunjukkan seorang lelaki menaiki kereta Perodua Bezza bertindak keluar sebelum menyimbah air minuman kepada jurutol.

Mngsa tampil ceritakan hal sebenar

” Cerita dia macam ni..

” Pukul 730am dia masok line faten minta nak topup, faten cakap sini touch n go sahaja takde topup, topup lorong sebelah, dia nak juga topup katanye”

” Faten suruh dia bayar RM2 sahaja tapi dia berkeras nak juga topup sebab dia kata nak lalu tol depan takde tempat topup.

” Jadi Faten cakap kalau encik nak encik kena keluar (jalan) pergi lorong tambah nilai (kat sebelah).

” Dia tak puas hati, dia keluar kereta tengok keadaan dalam pondok, katanya biasa lorong tambah nilai blah hujung, dia dah topup ape semua, dah jalan so ingat dah settle..

” Pukul 9.20 dia lalu lagi sekali dengan bawa air milo ais dia tuu, minum sambil cakap lain kali jangan suka suka nak kenaakan orang teruss simbah”, tulis mngsa.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menyalahkan lelaki terbabit yang bertindak luar batasan.

Tidak kurang juga bersimpati dengan apa yang menimpa jurutol terbabit.

Namun ramai juga warganet mahukan pihak KESAS agar meningkatkan perkhidmatan dan memudahkan pengguna bila berlaku perkara kec3masan yang tidak dapat dielakkan oleh pengguna.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments