Kes seorang murid yang menyaman guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan akan didengar pada 2 Nov ini.
Nafirah Siman, yang sudah berumur 20 tahun kini memfailkan tindakan undang-undang itu ke atas gurunya Jainal Jamran, pada Oktober 2018 lalu.
Kes terbabit sepatutnya dibicarakan pada Mei lalu namun terpaksa ditunda ekoran wabak Covid-19.
Dalam samannya, pelajar itu mendakwa Jainal tidak hadir untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di kelasnya pada tahun 2015
Pada ketika itu, Nafirah berada di Tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.
Kenyataan dari wakilnya berkata, Nafirah mahukan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.
Defendan yang tidak dinamakan hanya sekolah itu.
Selain Jainal, defendan lain yang turut dinamakan adalah guru besar sekolah pada ketika itu, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, ketua pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.
Pihak pembelaan Nafirah juga berjaya untuk memohon mendapatkan keterangan lebih lanjut kerana apa yang diterima mereka tidak diserahkan oleh defendan secara sukarela.
Dalam satu kenyataan pada Disember 2018 lalu, defendan menafikan dakwaan Nafirah yang berkata Jainal tidak hadir ke kelasnya.
Kenyataan dari represantasi Nafirah juga berkata kes melibatkan guru tidak bertanggungjawab terus meningkat di Kota Belud.
Kenyataan itu merujuk kes seorang guru sekolah rendah di Kota Belud yang dipenjarakan selama 11 tahun dan 2 sebatan kerana mencabul dua murid, berumur 8 dan 15 tahun.
Kenyataan itu juga menambah, terdapat laporan yang dipetik Pengarah Pendidikan Sabah berkata bahawa terdapat lapan kes guru besar sekolah di Sabah juga tidak hadir.
The post Kes murid saman guru tak masuk kelas 7 bulan didengar 2 Nov first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments