Netizen cadang saman TYT Sabah dan Shafie Apdal punca kes Covid-19 meningkat

Dalam Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 petang tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19 dalam negara.

“PRN Sabah terpaksa diadakan apabila TYT Sabah telah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu, ini sesuatu tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk dalam perlembagaan,” katanya.

Semasa bermulanya kluster Sivagangga, rakyat Malaysia telah mengambil tindakan memfailkan saman terhadap mamak kedai nasi kandar yang gagal mematuhi arahan kuarantin dan menjadi penyebab wabak.

Rakyat Malaysia sepatutnya SAMAN pula TYT Sabah dan Shafie Apdal sekarang!

Siapa yang mintak bubar dan siapa yang setuju bubar sehingga keadaan menjadi paling buruk macam sekarang dan berlaku kehilangan nyawa?

Dan begitu besar impak terhadap ekonomi rakyat dan negara?

Kalau kita boleh saman mamak nasi kandar, kenapa tidak kita saman dua makhluk ini yang menjadi punca wabak?

Johor, Perak, Kedah dan Melaka kesemuanya berlaku pertukaran kerajaan tanpa PRN!

Kenapa Sabah BUBAR di tengah-tengah kemuncak wabak Covid?

Oleh: Nabeel Naqie III

The post Netizen cadang saman TYT Sabah dan Shafie Apdal punca kes Covid-19 meningkat first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments