Sempat Nikah Tiga Jam Sebelum PKPB Rabu Lalu. Hari Ini Penyanyi Noryn Aziz Kehilangan Orang Tersayang

Pada 14 Oktober 2020 lalu, penyanyi Noryn Aziz telah selamat mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman .

Difahamkan Noryn selamat melangsungkan pernikahan beberapa jam sebelum pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Noryn berkata, dia dan suami mengambil masa kurang 24 jam untuk bernikah semalam dan segala persiapan dilakukan sepantas mungkin.

Bapa mentua meninggI dnia

Bagaimanapun selepas tiga hari bergelar isteri, penyanyi Noryn Aziz berkongsi khabar duka apabila bapa mentuanya, Datuk Shaik Sulaiman Ismail meninggI dnia, semalam.

Menurut Noryn, biarpun baru mengenali arwh namun hubungan mereka boleh dianggap rapat.

” Al-Fatihah buat abah mentua tersayang.

” Pada Jumaat yang berkah ini (semalam) abah meninggalkan kami. Hari yang mulia dan segalanya dipermudahkan Allah SWT.

” Walaupun Noryn baru kenal abah, kami sempat mesra dan saling menyayangi.

” Perkara terindah yang diungkapkan kepada saya adalah terima kasih atas cinta yang diberikan dan bilakah hari bahagia anda?,” tulisnya dalam satu entri di Instagram.

Pada masa sama, Noryn juga memohon sesiapa yang mengenali Allahyarham untuk mendoakan serta memaafkan segala kesilapannya.

” Saya hanya mendengar perkara yang baik mengenainya.

” Semoga Allah merahmati dan memberkati abah dan sentiasa pelihara arwh abah dengan sebaiknya juga diletakkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Perkahwinan dipercepatkan berikutan pelaksanaan PKPB

Terdahulu, Noryn berkata, mengikut perancangan dia dan suami sepatutnya bernikah pada 25 Oktober ini tetapi dipercepatkan berikutan pelaksanaan PKPB tersebut.

” Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.

” Majlis akad nikah diadakan dalam suasana yang sederhana dengan hanya dihadiri keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat serta jemputan seramai 30 orang,” katanya.

Noryn berkata, dalam majlis yang diadakan di kediaman Shaik Rizal di Damansara itu, suaminya menghadiahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Bercerita mengenai perkenalan mereka, Noryn berkata, mereka mula berkenalan pada awal tahun ini sebagai rakan perniagaan tetapi tidak menyangka hubungan itu semakin rapat.

” “Sebenarnya kami mula berkenalan sebagai rakan perniagaan yang akhirnya membawa kami ke alam rumah tangga.

” Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih.

” Hubungan kami benar-benar profesional. Namun, lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal menyenangkan saya.

” Keperibadiannya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral kepada saya dalam urusan perniagaan.

” Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab, banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci,” katanya.

Menurut Noryn, melayari bahtera perkahwinan di usia 44 tahun, tiada apa yang diharapkan melainkan berdoa agar rumah tangga dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

” Allah sudah atur dengan baik untuk saya dan Rizal. Ada masanya, kita merancang untuk buat hal yang besar, namun kalau Allah tidak izinkan, itu tidak berlaku juga.

” Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu. Ia amat memberi makna buat kami,” katanya.

Noryn yang juga juara program Gegar Vaganza musim kelima sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, namun berpisah pada 2018.

Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments