Tiada keperluan laksana PKP semua buat masa ini – Ismail Sabri

MENTERI Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan di seluruh negara.

Katanya, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini juga tidak memutuskan perkara tersebut.

“Kita tidak akan isytiharkan PKP walaupun semalam 287 kes, seperti di Sabah daripada 113 kes sebanyak 35 kes melibatkan Kluster Benteng dan di Kedah dari 129 kes semalam sebanyak 128 kes melibatkan dalam penjara

“Kalau dilihat di seluruh negara hanya Selangor catat 31 tak sampai 40 kes untuk jadi zon merah. Negeri lain hanya 1 hingga 3 kes sahaja.

“Jadi ia bukan membimbangkan. Tapi tak mungkin kes jadi kosong seluruh negara, kerana Covid-19 masih ada. Kalau satu dua kes nak lockdown semua, sampai bila tak boleh dibuka, PKP seluruh negara,” kata Ismail Sabri dalam sidang akhbar hari ini.

The post Tiada keperluan laksana PKP semua buat masa ini - Ismail Sabri first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments