Dewan Rakyat kecoh selepas ahli Parlimen Bintulu hina Dr Hisham ‘takut mati’

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh hari ini selepas seorang ahli Parlimen mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah takut mati kerana tidak turun padang melawat hospital, sebaliknya beliau meraih publisiti dengan mengadakan taklimat harian Covid-19.

Kekecohan bermula apabila Tiong King Sing (GPS-Bintulu) mempersoalkan Hisham tidak ke hospital untuk memberi sokongan moral kepada kakitangan perubatan.

Katanya, keadaan Covid-19 di Sabah semakin teruk dan Hisham sepatutnya turun padang.

“Kenapa dia tak turun padang melawat tiap-tiap hospital? ‘Temporary hospital’ kita pergi tengok, berbincang, bagi sokongan moral kepada ‘frontliners’.

“Ini DG (ketua pengarah) hari-hari buat berita (sidang media) saja, bikin apa? Kalau itu berita, bagi ‘office boy’ pun boleh baca.

“Jangan hantar saja doktor, jururawat pergi. Oh mereka tak takut mati, tapi DG takut mati. Timbalan DG pun tak pergi.
Tak usahlah hari-hari bagi publisiti,” katanya ketika membahas Belanjawan 2021.

Beliau turut mendakwa Hisham “mahu menjadi setiausaha agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia”.

“Itu memang tidak layak bagi (pendapat) saya.”

Dakwaan Tiong itu menyebabkan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit meminta beliau memohon maaf kerana mengkritik penjawat awam.

“Speaker, jangan benarkan dia hentam DG. DG ialah ‘frontliner’.

“Saya minta Bintulu tarik balik kenyataan DG takut mati,” desak Rayer.

Timbalan Speaker, Azalina Othman Said berulang kali mengarahkan Rayer berhenti berucap untuk membolehkan beliau membuat keputusan.

“Semua duduk, saya nak buat keputusan macam mana, kalau tiap kali saya nak buat keputusan semua nak bercakap.

“Tak payahlah saya jadi timbalan speaker, kalau semua nak bercakap, macam mana saya nak buat ‘ruling’?

“Jelutong duduk, saya bagi amaran kalau anda tidak duduk anda akan dibawa keluar. Jelutong tak nak duduk, bentara keluarkan Jelutong.”

The post Dewan Rakyat kecoh selepas ahli Parlimen Bintulu hina Dr Hisham 'takut mati' first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments