PETALING JAYA – Seorang guru berusia 22 tahun pula tampil membuat laporan hari ini mendakwa menjadi mangsa rogol pendakwah selebriti yang ditahan polis di Shah Alam minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Damansara ke atas suspek.
“Setakat ini di Petaling Jaya kita menerima dua laporan membabitkan cabul dan rogol oleh individu terbabit.
“Maklumat lanjut berkaitan kejadian itu akan dimaklumkan nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Portal Harian Metro hari ini melaporkan pendakwah selebriti yang ditahan polis berhubung siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam minggu lalu, ditahan sekali lagi oleh polis daerah ini atas kes cabul seorang lagi gadis berasingan.
Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita berusia 22 tahun pada jam 3.51 petang kelmarin, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun yang juga pendakwah selebriti.
Pendakwah selebriti terbabit sebelum ini ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.
Suspek ditahan kira-kira 11 malam Khamis lalu, selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Berdasarkan laporan mangsa berusia berusia 23 tahun itu, dia mendakwa diperkosa suspek yang mendakwa mahu membantu merawat gangguan emosi dialami pada September tahun lalu.
Difahamkan suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.
The post Guru pula tampil dakwa dirogol pendakwah selebriti first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments