‘Kepala pecah, terpaksa dijahit’ – Pengurus jenazah sebak tatap wajah adik Adam

Remuk hati Ustaz Rafie Zainal apabila melihat jenazah Muhammad Adam Sufi yang maut dicampak datu tirinya dari tingkat empat rumah, Ahad lalu.

Menurut Ustaz Rafie yang juga Pengurus Squad Pengurusan Jenazah (SPJ), dia terbayang wajah anaknya tatkala menatap wajah jenazah anak kecil berusia empat tahun itu.

Dalam coretan di Facebook miliknya, Ustaz Rafie mengharapkan agar suspek yang merupakan seorang warganegara Nigeria menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Allahuakbar… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata saat melihat jasad anak kecil berusia 4 tahun yang mati gara-gara perbuatan tidak berperikemanusiaan datuk tirinya yang juga merupakan warga Nigeria.

Ketika menerima jasad itu yang tiba dari hospital, perasaan saya saat itu sangat remuk. Membayangkan anak saya yang seusia dengannya cukup pedih hati ini untuk melihat keadaan jasad anak syurga ini.

Apalah dosanya sehingga sanggup manusia dewasa yang berakal seperti datuk tirinya itu sanggup mencampakkan anak kecil yang sedang tidur dibuai mimpi saat itu dari tingkat 4 ke bawah dengan kejam???!!!
Allahuakbar!

Saya gagahkan diri untuk memandikan jasad kecil itu dengan berhati-hati. Perasaan bercampur baur saat merasai kepala arwah yang telah dijahit rapi yang sebelumnya retak kesan hentakan yang kuat ke bawah. Marah. Geram. Sedih. Allahuakbar!!!

Andai ada manusia berhati syaitan itu di hadapan saya ketika itu, akan saya pijak mukanya berkali-kali! Nafsunya mengalahkan binatang!

Hanya kerana terlepas peluang untuk memperkosa ibu anak kecil ini, anak yang tidak bersalah ini pula menjadi mangsanya!

Sudahlah anak ini kematian ayahandanya sejak 2 tahun lepas. Kini si ibu terpaksa pula menerima hakikat yang dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak hasil perkahwinannya bersama arwah suaminya dahulu. 

Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepadanya. Semoga si ibu yang masih menerima rawatan di hospital kesan pukulan ayah tirinya warga Nigeria itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat walafiat.

Insya’Allah, sihat tubuh badan mungkin tiada masalah. Namun untuk menghadapi kesan trauma sepanjang hayatnya itulah hakikat yang cukup sukar untuk dihadapi.

Selayaknya penjenayah itu dihukum sebat dan gantung sampai mati atas segala perbuatan hinanya itu! 

Semoga keluarga arwah Adik Muhammad Adam Sufi bin Norkhusairi diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Allah lebih menyayangi dirinya.

Jenazah arwah Adik Adam selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, KL selepas urusan mandi kafan selesai di Kontena Wakaf SPJM malam tadi.

Innalillahi wainna ilaihi roojiiuun.

The post 'Kepala pecah, terpaksa dijahit' - Pengurus jenazah sebak tatap wajah adik Adam first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments