Susulan Budak Tak Cukup Umur Bawa Motosikal Lepas Tu Buat Wheelie, Ini Kata-Kata Padu Pengarah JPJ

Beberapa hari lalu tular di media sosial dan di Whatsapp klip video seorang kanak-kanak lelaki yang bertubuh kecil menaiki motosikal.

Video itu mungkin dianggap lucu apabila budak lelaki terbabit terpaksa berdiri dengan kedua kakinya memijak jalan bagi mengimbangi motosikal terbabit ketika berhenti di persimpangan.

Kedengaran juga suara ketawa perakam video tersebut sebaik budak lelaki itu ditegur seorang pemandu pacuan empat roda yang memasuki persimpangan.

Apa yang mencuri tumpuan, budak itu sempat cuba membuat ‘wheelie’ beberapa kali.

Pengarah JPJ Kedah bersuara

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah berharap kejadian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menunggang motosikal di Kampung Paya Chegar, Jitra, Ahad lalu menjadi pengajaran kepada ibu bapa agar tidak berulang.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, ibu bapa perlu bertanggungjawab mengawasi anak terutama ketika mereka tidak pergi ke sekolah.

Katanya, kejadian yang tular itu harus menjadi iktibar selepas kanak-kanak terbabit didapati melakukan kesalahan menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tidak dilindungi insurans serta tidak memakai topi keledar.

” Manakala warisnya pula dikenakan tindakan mengikut Sksyen 39 (5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

” Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana membenarkan pemandu bawah umur membawa kenderaan bermotor. Pada ketika sekolah ditutup, saya berharap ibu bapa memantau dan menjaga anak mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Kedah, di sini, hari ini.

Ismasuhaimi berkata, kes terbabit dianggap selesai selepas waris membawa kanak-kanak berkenaan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Katanya, waris juga boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjngkit 1988 (Akta 342) berikutan Kedah kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

” Kesannya menyebabkan ibu bapa ataupun waris akan terbeban kerana terpaksa membayar saman dan kompaun yang tinggi.

” Saya menasihati ibu bapa sentiasa mengawasi anak agar mereka tidak merayau di jalan raya kerana bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga pengguna jalan raya lain,” katanya.

Sebelum ini, video kanak-kanak lelaki menunggang motosikal di simpang tiga Kampung Paya Chegar, Jitra menjadi tular di media sosial sebelum dia dibawa warisnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 2.40 petang semalam.

Kanak-kanak itu bagaimanapun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada Isnin lalu.

Difahamkan dia datang bersama bapanya berusia 50-an pada 2.40 petang dan tndakan akan diambil terhadap warisnya itu.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments