Anak cuba halang bapa bawa kekasih gelap maut digilis lori

Jumaat lalu kira-kira jam 10.30 malam, terjadinya sebuah tragedi menyayat hati di Acheh, Indonesia apabila seorang kanak-kanak Haura Aulia maut selepas digilis sebuah lori.

Apa yang lebih mengejutkan adalah lori yang membawa pelepah kelapa sawit tersebut dipandu oleh bapanya sendiri, Husaini.

Menurut laporan TribunNews, sewaktu melihat lori yang dipandu bapanya, mangsa yang berusia 11 tahun cuba menghentikan lori berkenaan dengan cara bergantung di samping lori.

Malangnya, bapanya tidak mahu memberhentikan kenderaan itu malah memecut laju sehingga menyebabkan anaknya terjatuh sebelum digilis roda di bahagian tepi lori.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang di tempat kejadian dan seorang warganet telah memuat naik video itu di YouTube.

Melihat keadaan Haura, keluarga dan orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk menghampiri dan memeluk jasadnya yang terbujur kaku berlumuran darah diikuti dengan jerit tangisan ibunya.

Menurut laporan IndoZone pula, Haura dan ibunya dipercayai mengesyaki dalam lori itu ada orang ketiga iaitu kekasih Husaini.

Disebabkan itu, Husaini enggan memberhentikan lori tersebut sebaliknya dia memecut laju meninggalkan tempat kejadian untuk mengelakkan diri dari bertemu dengan isteri dan anaknya.

Meskipun kini Husaini telah ditahan pihak polis, dia tidak mengaku telah menyebabkan kematian anaknya malah dia menegaskan kejadian itu merupakan ‘petanda sudah sampai ajal anaknya’.

“Kalau dilanggar, bukan saya yang langgar tapi memang sudah ajalnya,” ujarnya.

Menjengah ke laman Facebook milik Haura, dia sering memuat naik gambar dirinya serta berkongsi aktiviti harian selain pernah berkongsi gambar ibunya serta lori yang dipandu bapanya.

Sebak sungguh tatkala mengetahui kisah anak kecil ini. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Tenanglah di sana, wahai si manis Haura Aulia.

The post Anak cuba halang bapa bawa kekasih gelap maut digilis lori first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments