PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Da’i Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful tiba di Kompeleks Mahkamah Petaling Jaya di sini sebentar tadi.
Syed Iqmal tiba pada pukul 10.10 pagi dengan menaiki MPV polis yang kemudian dibawa masuk Pejabat Polis Cawangan Mahkamah Petaling Jaya untuk pertuduhan.
Turut hadir, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh.



Pendakwah selebriti yang sebelum ini sudah direman atas dakwaan rogol, cabul, dan melakukan seks luar tabii akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar lagi.
Difahamkan dia juga akan didakwa di Mahkamah Shah Alam selepas selesai di Petaling Jaya hari ini.
Dia akan didakwa atas dua pertuduhan Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan manakala di Shah Alam lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
The post Da'i Syed tiba di Mahkamah Petaling Jaya first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments