Pasukan media Ustaz Ebit Lew terlibat kemalangan

Pasukan media penceramah terkenal. Ustaz Ebit Lew terlibat dalam kemalangan di Jalan Duta, malam ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Ustaz Ebit menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

“Sedih rasa. Pohon doakan 3 orang team media kami kemalangan baru sekejap ini. Doakan selamat semuanya. Merekalah yang merakamkan untuk program Jejak Ebit Lew Astro.

“Tadi kami 4 kereta ke Penang membantu abang sekeluarga yang 8 bulan tidur dalam kereta. Semasa sama-sama balik ke kl. Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Estima mereka cuba elak menyebabkan melanggar divider tengah jalan,” katanya.

Menurut Ustaz Ebit, semua mangsa telah dikejarkan ke hospital bagi menjalani CT scan.

Ustaz Ebit turut meminta netizen agar mendoakan pasukan medianya selamat dan baik-baik sahaja.

“Sekarang saya di Hospital Gleneagles menanti ketiga-tiga team buat ct scan. Doakan semuanya baik dan selamat. Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” ujarnya.

The post Pasukan media Ustaz Ebit Lew terlibat kemalangan first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments