Polis tahan lelaki biadap ludah dan maki pekerja pasaraya

Video perselisihan faham diantara seorang individu dengan individu lain dipercayai pekerja sebuah kedai serbaneka dikatakan berlaku di Lahat Baru, Ipoh, Perak semalam tular di media sosial.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh pekerja tersebut, lelaki tersebut dikatakan memasuki premis tanpa memakai pelitup muka dan enggan menulis butiran diri pada buku yang disediakan ketika diminta berbuat demikian.

Lelaki tersebut juga memarahi pekerja tersebut dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta meludah pekerja tersebut menyebabkan berlaku sedikit pertengkaran sebelum dileraikan oleh pekerja lain.

Selepas kejadian, lelaki terbabit meninggalkan premis dengan menggunakan sebuah kereta sebelum kembali semula.

Difahamkan lelaki tersebut ditahan oleh polis selepas menerima aduan awam.

The post Polis tahan lelaki biadap ludah dan maki pekerja pasaraya first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments