Seorang lagi mangsa kemalangan langgar kerbau meninggal dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan dengan seekor kerbau di Jalan Kg Lamir-Kg Ubai Pekan kelmarin, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Allahyarham Syed Amirul Hidayat Syed Kamarulzaman yang berasal dari Kampung Pulau Serai dekat sini dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu turut mengorbankan seorang lagi mangsa di lokasi iaitu Allahyarham Muhammad Faisal Ramli dari Permatang Badak, Kuantan.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati melalui Jalan Kuantan – Pekan terutamnya laluan Kampung Ubai dan Kampung Lamir, kerana banyak haiwan ternakan terutamanya kerbau sering berada di atas jalan pada waktu malam.

Salam takziah untuk keluarga kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian ini. Al-Fatihah..

The post Seorang lagi mangsa kemalangan langgar kerbau meninggal dunia first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments