Suami meninggal selepas solat, tinggalkan isteri sarat hamil anak pertama

Kematian tidak mengenal usia dan waktu. Bila tiba masanya, setiap anak Adam pasti akan meninggalkan dunia yang fana ini.

Bagi Abam Botak yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma di sekitar Sandakan, Sabah, dia dikejutkan dengan pemergian sahabatnya, Jumaine Gappar atau Omay dalam usia yang masih muda.

Menurut Abam Botak, arwah Omay baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan kini sedang menanti zuriat pertama yang bakal lahir tidak lama lagi.

Menerusi di Facebook, Abam Botak berkongsi kisah sayu ketika menguruskan jenazah Omay selain kesedihan yang terpapar di wajah isteri Omay sepanjang menemani jenazah suaminya ke tanah perkuburan.

OMAY

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan takziah kepada isteri arwah dan juga seluruh ahli keluarganya.

Bersabarlah dengan setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua dapat bertemu di syurganya kelak, Aminn.

Saya mula berkenalan dengan arwah sejak beberapa tahun yang lalu. Orangnya memang sangat bersopan santun.

Tutur katanya juga sangat merendah diri dan menghormati orang lain.

Semoga kau tenang di sana sahabatku. Meskipun perkenalan kita sangatlah singkat.

Tapi aku bersaksi sedikit sebanyak kau juga ada turut sama membantu team Abam Botak.

Semasa mula-mula mendapat perkhabaran tentang kematianmu.

Saya seolah-olah tidak percaya, sebabnya arwah masih muda lagi dan kami seusia.

Lebih mendukacitakan, arwah baru saja berkahwin dan isterinya kini sedang mengandungkan anak pertama mereka.

Ketika itu saya sedang berjalan dengan keluarga. Saya ambil keputusan untuk ke sana segera dan memberikan penghormatan yang terakhir.

Malam itu jenazah telah dibawa ke Jabatan Forensik untuk menjalani “swabtest” terlebih dahulu.

Keesokannya barulah keputusan “swabtest” dapat diketahui. Alhamdulillah negatif.

Semasa di Jabatan Forensik, saya melihat isterinya tidak henti-henti menangis, hinggalah jenazah dibawa ke masjid dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sebait.

Isteri dan keluarganya meminta kami uruskan jenazahnya, sahabat handai dan kenalan juga ramai yang hadir sama. Alhamdulillah pengurusannya dipermudahkan.

Semasa di dalam kereta jenazah. Saya memandang isterinya ditempat duduk belakang ada berkata-kata dengan arwah sambil memeluk erat jasad arwah.

Masa tu air mata siapalah yang tidak menitis, saya tidak tahulah, saya turut mengalirkan air mata juga.

Semoga kau tenang dan selamat di sana sahabatku. Doakan kebaikan untuk arwah ya teman-teman.

Halalkan segala makan minumnya, maafkan segala kesalahan dan kesilapannya.

Dan semoga anak yang bakal dilahirkan oleh isterinya juga selamat dan menjadi anak yang berbakti kepada ibunya dan keluarganya.

Buat isterinya, tetaplah bersabar dan kuatlah demi arwah suamimu dan anakmu.

Sungguh ini bukanlah pengakhiran. Selamat menempuh kehidupan dengan cemerlang.

Ya Allah bantulah isterinya dan juga anaknya. Kuatkanlah dan sokonglah mereka.

Tenang di sana wahai Sahabatku

The post Suami meninggal selepas solat, tinggalkan isteri sarat hamil anak pertama first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments