Syarikat promosi cermin tingkap ‘kalis’ bunyi azan dikecam netizen

Setiap kali masuk waktu, azan akan berkumandang dari masjid-masjid dan surau bagi memberi peringatan kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipan solat.

Walaupun laungan azan itu jelas kedengaran di kawasan sekitar, masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai satu isu.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial sebuah syarikat pembekal cermin kalis bunyi yang didakwa mengambil kesempatan menjadikan azan sebagai salah satu bahan dalam mempromosi produk mereka kononnya mampu ‘memperlahankan’ bunyi azan.

Menerusi perkongsian di Facebook, syarikat tersebut menunjukkan testimoni penggunaan cermin kalis bunyi di sebuah kediaman di Kuala Lumpur.

Selepas cermin mereka dipasang, peratusan bunyi azan dikatakan berkurang selepas melakukan beberapa siri ujian menggunakan alat pengukur bunyi.

Posting tersebut bagaimanapun telah menrima kecaman daripada netizen yang mempersoalkan kewajaran syarikat tersebut menggunakan azan sebagai bahan promosi.

Malah, ada yang menyeru umat Islam supaya memboikot syarikat tersebut yang tidak peka dengan isu agama.

Susulan kejadian itu, syarikat terbabit telah tampil mengeluarkan satu kenyataan media memohon maaf di atas kesilapan mereka dan berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Kami nak anda tahu, kami dari…. ingin memohon maaf susulan penggunaan bunyi azan sebagai testimoni untuk produk kalis bunyi itu yang disiarkan di media sosial. Perkara tersebut seolah-olah tidak menghormati penganut agama Islam dan kami benar-benar menyesal. Syarikat kami juga, telah memadam posting terbabit dan akan membuat satu garis panduan sebelum mana-mana posting disiarkan. Tambahan pula, kami juga telah menerangkan kepada pekerja-pekerja yang lain akan sensitiviti berhubung isu yang telah terjadi. Selain itu, kami nak anda tahu yang kami amat mengambil berat dengan apa yang terjadi dan meminta maaf sekali lagi kerana menggunakan bunyi azan sebagai testimoni . Kami cuba untuk memperbaiki pada masa akan datang dan sangat menghargai segala respon yang diberikan.

The post Syarikat promosi cermin tingkap 'kalis' bunyi azan dikecam netizen first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments