Perkongsian tentang pengurusan jenazah dan kisah sebelum digilis oleh sebuah lori.
Kejadian kemalangan yang meragut nyawa Allahyarhamah Wan Nur Ihka Arnisaha 19 tahun berlaku pada pukul 5.00 petang.
Ketika itu arwah dalam perjalanan untuk mengambil abang sulungnya setelah habis berkerja di sebuah gerai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Si abang berkerja di kilang roti Massimo tidak jauh dari tempat kemalangan berlaku.
Kemalangan yang meragut nyawa arwah itu berlaku ketika arwah yang sedang menunggang motosikal berhenti di lampu isyarat RNR Pulau Indah.
Sebuah lori yang datang dari arah belakang telah melanggar arwah bersama motosikal yang dinaikinya.
Selepas digilis arwah terus meninggal dunia ditempat kejadian kerana kecederaan parah dibahagian kepala.
Saya tidak boleh bayangkan kesakitan yang dialami oleh arwah.
Bahagian kepalanya digilis dengan tayar bahagian kanan hadapan lori tersebut bersama motosikal yang ditunggang.
Motosikal yang ditunggang oleh arwah adalah milik abangnya.
Menurut abangnya, seminggu sebelum meninggal dunia, adiknya ada menunjukkan tanda tanda yang pelik. Adiknya itu lebih banyak mendiamkan diri.
Malah arwah sempat berpesan kepada majikan gerai makan tempatnya berkerja agar telefon miliknya itu perlu diserahkan kepada adik bongsunya sekiranya beliau sudah tiada lagi.





Kata si abang lagi sepatutnya arwah akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada 16 disember ini. Tetapi ramai rakan rakan baik arwah telah memberi hadiah untuknya lebih awal.
Jika kita renung semula, arwah seakan sudah tahu tentang hari kematiannya sendiri..
Tanda tanda awal sudah terlihat. Tetapi ahli keluarga dan rakan rakan hanya boleh perasan setelah arwah pergi meninggalkan mereka buat selama lamanya..
Apa yang berlaku hanya lah asbab untuk kematian kita..
Sudah Allah tetapkan untuk semua manusia..
Redha adalah perkataan paling sesuai untuk kita guna pakai..
Memang sakit rasanya apabila kematian berlaku di dalam keluarga kira..
Lagi lagi melibatkan insan insan yang cukup kita sayang..
Tetapi sedar lah mati itu pasti..
Tidak ada seorang pun dari kita yang akan terlepas untuk melalui hari kematian sendiri..
Berbalik kepada cerita pengurusan jenazah..
Ketika jenazah dibawa pulang ke rumah saya berkesempatan untuk turut serta mengiringi perjalanan terakhir sehingga ke kubur untuk arwah..
Sewaktu dibawa pulang ke rumah untuk disolatkan..
Kami tidak membenarkan wajah jenazah dibuka untuk dilihat oleh ahli keluarga dan rakan rakannya..
Ini kerana kesan kecederaan di wajahnya agak kritikal ..
Selesai disolatkan keranda yang membawa jenazah terus dipikul sehingga ke tanah perkuburan..
Tanah perkuburan untuk pusara pula hanya terletak berhadapan dengan rumah keluarganya..
Selepas ini arwah dan keluarganya akan terpisah oleh dua dunia..
Dunia alam kubur dan dunia sementara untuk manusia..
Salam takziah untuk keluarga arwah..
Al-fatihah untuk Allahyarhamah Wan Nur Ihka Arnisaha Binti Wan Husin!
The post Tak sempat sambut birthday, remaja maut digilis lori berhampiran rumah first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments