Tindakan akak basikal tukar lane secara tiba-tiba buat netizen marah

Hobi kami mahal. Mungkin itu kata-kata yang paling sesuai diberikan kepada hobi menunggang basikal di atas lebuh raya yang semakin menjadi pilihan sejak kebelakangan ini.

Walaupun berbasikal ini menyihatkan badan, namun masih ramai yang tidak setuju jika aktiviti tersebut dilakukan di jalan-jalan raya yang sibuk kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada penunggang basikal malah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang memaparkan seorang penunggang basikal wanita yang menukar laluan secara tiba-tiba tanpa menoleh ke belakang terlebih dahulu.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Putrajaya itu hampir menyebabkan kemalangan mujurlah pemandu kereta di belakangnya sempat membrek.

Tindakan penunggang tersebut mengundang kemarahan netizen kerana menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Semoga perkongsian video pendek ini mampu jadi peringatan buat mereka yang melalukan aktiviti sama di luar sana.

The post Tindakan akak basikal tukar lane secara tiba-tiba buat netizen marah first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments