Wang dalam tin Milo dimakan serangga, nenek kerugian hampir RM300,000

Sudah menjadi lumrah kehidupan untuk menabung demi masa depan. Ada yang memilih untuk meyimpan duit di dalam bekas tin biskut, tin milo dan lain-lain.

Bagi golongan yang agak berumur, mereka lebih gemar menyimpan di tempat sebegitu berbanding di dalam bank.

Namun, menyimpan wang di sebegitu mempunyai risiko yang tinggi untuk rosak. Hal ini kerana dimakan serangga perosak yang gemar tinggal di tempat seperti itu.

Tular di laman Facebook mengenai seorang nenek menyimpan wang di dalam bekas tin milo. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya apabila wang yang disimpan itu dimakan serangga anai-anai.

Memetik laporan portal World of Bozz, difahamkan kerugian yang dialami dalam jumlah yang besar iaitu RM300,000.

Menerusi video yang telah dikongsi itu, jelas menunjukkan kepingan ringgit bernilai RM100 itu hancur dek angkara serangga berkenaan yang hidup dan membiak di dalam tin tersebut.

“Semua wang yang saya ambil di sini mempunyai masalah. Terdapat RM10,000 dalam satu timbunan, dan ada 23 timbunan. Jadi total timbunan adalah RM230,000,” kata seorang individu dalam video tersebut.

Kejadian yang berlaku ini harap dapat memberi pengajaran terhadap orang lain juga untuk tidak menabung di dalam tempat sebegitu. Kalau tidak putih mata kerana kerugian!

The post Wang dalam tin Milo dimakan serangga, nenek kerugian hampir RM300,000 first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments