SEORANG anggota polis wanita terawal di Malaysia, Koperal (Bersara) Ramlah Salleh meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru, hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.
Ramlah menyertai pasukan polis pada 1 Julai 1956 dan merupakan antara 54 wanita pertama yang menganggotai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mewakili seluruh anggota PDRM melahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarhamah selain turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.
“Semoga roh Allahyarhamah Koperal (Bersara) Ramlah Salleh dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah..,” katanya.
The post Bekas anggota polis wanita pertama meninggal dunia first appeared on Wowberita.via Wowberita
0 Comments