Berani dedah rahsia franchais ayam gunting viral, lelaki rela hilang kerja

Franchais ayam gunting ini pernah viral satu ketika dulu sebab dikatakan lebih sedap dari ayam gunting Uncle Bob.

Korang yang selalu pergi ‘mall’ mesti perasan ada satu kedai makanan segera yang jual ayam sama macam ayam Uncle Bob. Tapi ayam yang ini versi ‘mall’ punyalah dan harga pun hampir kurang sama.

Semalam, ada pendedahan mengejutkan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Naddy berkongsi beberapa keping gampar ‘screenshoot’ yang diambil daripada Instagram milik kawannya.

Paparan ‘screenshot’ asal itu telah dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikatakan bekerja sebagai penghantar ayam dan dia juga turut ditugaskan untuk menghantar ayam ke premis-premis di kompleks membeli-belah.

Lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan bahawa ayam ‘viral’ yang menjadi kesukaaan ramai itu sebenarnya telah menggunakan ayam tebuk (ayam yang tidak disembelih secara kaedah Islam) dalam penyediaan menu mereka.

Naddy turut berkongsi paparan video yang dimuat naik lelaki itu yang mengaku bahawa dia telah menghantar sendiri bekalan ayam tebuk tersebut ke premis itu yang terletak di Aman Central, Alor Star.

“Untuk pengetahuan semua, saya sendiri yang hantar ayam dekat situ dan apa yang saya cakap ni pun, saya dah bersedia kalau dibuang kerja.

“Saya tak kisah pun kalau kena buang kerja, yang penting saya boleh bagitahu kepada semua orang Islam kita yang benda (ayam) tu kita tak boleh makan,” katanya.

Selain itu, Naddy juga dikatakan telah menghantar (DM) keseluruhan ‘screenshot’ dan video daripada ‘tweet’ itu kepada Twitter rasmi JAKIM untuk dibuat siasatan lebih lanjut.

“Dah siap bagi video apa semua. Jadi kalau terbukti salah, saya ‘delete tweet’ ini,” tulis Naddy di Twitter.

Sementara itu, rata-rata netizen di Twitter turut memberikan pandangan masing-masing malah ada yang mempersoalkan status halal franchais tersebut di beberapa lokasi lain.

Jadi, kesimpulannya tak semua ‘outlet’ dah peroleh sijil halal. Tapi disebabkan ada sesetengah ‘outlet’ yang dah dapat sijil halal, ada netizen yang menggangap yang ianya halal untuk dimakan.

Apapun benar sekali kenyataan ‘kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan‘

Kredit: Naddy

The post Berani dedah rahsia franchais ayam gunting viral, lelaki rela hilang kerja first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments