Permainan ‘babi air’ yang dibuat menggunakan gel penyejuk dilihat menjadi trend kepada Instafamous untuk dijadikan konten mereka sehingga menjadi ikutan para remaja khususnya pelajar sekolah.
Walau bagaimanapun, permainan tersebut ternyata memerlukan modal kerana mereka perlu membeli gel penyejuk atau koolfever yang direndam di dalam air supaya ia mengembang seperti agar-agar.
Terbaru, seorang Instafamous iaitu Aisar Khaleed telah memuat naik video membeli 1,000 koolfever hanya untuk membuat ‘babi air’ demi konten di saluran YouTube miliknya.
Perkara tersebut telah mendapat kecaman netizen kerana menganggap tindakan yang dilakukan Aisar seperti tidak masuk akal memandangkan harga koolfever itu tidaklah begitu murah.
Pastinya perkara tersebut akan menjadi ikutan para remaja dan kanak-kanak yang dilihat semakin taksub dengan permainan ini.
this guy just bought 1k of cool fever just to make babi air. 1k?? pic.twitter.com/HLacG31Q3s
— jib (@muhdnajib103) January 23, 2021
Malah, seorang netizen turut menimbulkan isu yang hangat diperkatakan sebelum ini yang mana seorang ibu terpaksa mencuri koolfever di pasara raya untuk anaknya yang demam kerana tidak cukup duit untuk membelinya.
Rasa tidak puas hati itu telah disuarakan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai muhdnajib103 dan mendapat sokongan daripada netizen lain.
Mereka menyuarakan bahawa tindakan sebegitu dilihat sangat membazir dan langsung tidak memberi manfaat kepada sesiapa.
The post Instafamous dikecam, buang duit beli 1,000 ‘Koolfever’ demi buat ‘babi air’ first appeared on Wowberita.via Wowberita
0 Comments