‘Asal raya je orang bodoh selfish!’ – Ezzaty Abdullah bengang, bunyi mercun ganggu tidur

Pelakon Ezzaty Abdullah, 31, tidak dapat menahan kemarahan dengan pihak yang membakar mercun pada pukul 12.30 pagi tadi di kawasan perumahannya.

Menurut Ezzaty, tindakan itu telah mengganggu ketenteraman dirinya yang ingin berehat selepas penat bekerja menguruskan bisnes mee udang.

“Huh!Asal raya ja ada orang bodoh pentingkan diri! 12.30 pagi bodoh! Kau nak bakar mercun apa benda? Esak Subuh aku bakar mercun depan rumah kau baru kau tau!

“Tak kisahla nak mabuk ke nak mati ke nak makan apa ke tapi 12.30 pagi orang dah tidur. Kenapa la masih lagi ada otak dekat dunia ni yang pentingkan diri haram! Pengawal keselamatan pula tak dapat dihubungi.

“Aku penat gila satu hari masak pergi buat penghantaran. Kau cuti kau punya pasal la. Aku kerja. Kau kerja aku ada bising ka? Betul! Baru dapat rehat 30 minit dah ada main mercun!” tulisnya menerusi Instagram Stories.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakonAzwan Kombos mengingatkan untuk mempunyai perasaan empati terhadap orang di sekeliling.

“Tolong semua semua. Punya rasa empati dengan semua orang. Kalau korang nak berjimba jangan menyusahkan atau kacau orang lain. Hidup kita ni kalau tak dapat senangkan orang, jangan susahkan orang.

“Cuba fikir kalau orang ada anak kecik yang susah nak tidur. Lepastu dia dah tidur. Mak bapa dia baru nak tarik nafas lega lepas sehari suntuk penat jaga dia yang buas.

“Tiba tiba kau main memekak main mercun lepastu budak tu bangun nangis-nangis balik. Apa perasaan mak bapa tu? Kalau kau pentingkan diri sangat pun. Kau fikir kalau kena kat diri kau la,” tulisnya lagi.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumahtangga pada Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Harum Dahlia.

The post ‘Asal raya je orang bodoh selfish!’ – Ezzaty Abdullah bengang, bunyi mercun ganggu tidur first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments